0

KELAHIRAN JUNJUNGAN AGUNG


“(Kami telah mengutus mereka) sebagai rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya tiada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah (diutuskan) rasul-rasul itu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (AnNisa’: 165) Rasulullah saw dilahirkan dalam keturunan Bani Hasyim. Kelahiran baginda membawa sinar bahagia kepada datuk baginda, Abdul Muttalib yang telah kehilangan putera bongsunya, Abdullah (bapa baginda) serta
menjadi pengubat lara ibu baginda, Aminah yang telah menjadi janda ketika baginda masih di dalam kandungan. “Ku inginkan dia menjadi orang terpuji bagi Tuhan di langit dan bagi makhlukNya di bumi.”Begitulah jawapan Abdul Muttalib apabila ada orang bertanya mengapa baginda tidak dinamakan dengan nama nenek moyang seperti yang biasa dilakukan oleh orang Arab ketika itu, tetapi dinamakan Muhammad. Mulanya dibesarkan dalam suasana yang baik (disusukan HalimatusSa’adiah di kawasan pedalaman yang bersih dan sihat) hidup insan pilihan
ini kemudiannya bukan mudah. Sudahlah dilahirkan yatim, ibu baginda pula meninggal ketika baginda masih kecil. Pemergian ibu baginda disusuli pula dengan kematian datuk baginda, insan yang sangat menyayangi baginda. Akhirnya Rasulullah diletakkan di bawah penjagaan bapa saudara baginda, Abu Talib. Abu Talib juga bukanlah hidup senang. Dia mempunyai anak yang ramai untuk dipelihara. Kerana itu, Rasulullah saw membantu dengan mengembala kambing dan berniaga. Dalam kesusahan inilah terbentuknya peribadi terpuji dan tertanamnya sifat-sifat mulia dalam diri baginda, menarik hati Khadijah untuk mempersuami baginda. Keperibadian mulia itulah yang melahirkan kepercayaan masyarakat Quraisy terhadap baginda sehingga baginda digelar Al-Amin (yang dipercayai) di kalangan mereka.
0

Assalamualaikum......

Setiap insan memerlukan kepada perubahan..tetapi yang sering menjadi halangan kepada adalah pilihan perubahan yang akan dilakukan sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. semoga apa yang akan aku lakukan mendapat keredhahan daripada ALLAH S.W.T dan thabat dalam apa jua yang dilakukan untuk ISLAM....ameen
 
Copyright © Tiada Noktah Cinta....